Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lissa, ini Aeril. Dia pekerja baru galeri ni. Aeril, ni la Lissa.." Imran memperkenalkan lelaki yang berdiri disebelahnya. Erm…boleh tahan mamat ni. Hati kecilku berbisik nakal. "Saya Melissa tapi panggil je Lissa. Kawan Imran kan?" soalku tanpa menyambut salam yang dihulurkan Aeril. Hai, tak nampak ke aku yang sopan bertudung ni? takkan nak bersalam dengan bukan muhrim pulak. Ngomelku dalam hati. Aeril menarik tangannya kembali dengan wajah sedikit merah.Malu agaknya. Aku kembali ke tempat dudukku menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi.
Jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Perutku mula menyanyikan irama keroncong hujan. "Mana si Imran ni. Janji nak lunch sama-sama," Aku memandang sekeliling galeri. Tak nampak pun Imran. Aku mengeluh. Ingatan ku terbang kepada kenangan 5 tahun lepas sewaktu aku dan imran mula-mula menubuhkan galeri ini. Imran, teman rapatku di universiti. Minat kami sama walaupun kami berbeza jurusan. Aku mengambil jurusan hiasan dalaman manakala Imran mengambil jurusan fotografi. Sebaik saja tamat pelajaran, kami sama-sama nekad untuk berkongsi perniagaan. Kerja Imran lebih tertumpu kepada tempahan foto perkahwinan manakala aku pula banyak menguruskan hiasan rumah para pelanggan. Aku tersenyum sendiri mengingatkan suka duka yang terpaksa kami lalui untuk memajukan galeri ini.
tangisan bayi kecil sekali lagi mengejutkannya. nora mengangkat bayi yang tidak berdosa itu. bayi yang di beri nama adam dibelainya dengan penuh kasih sayamg.. rengekan bayi itu kemudiannya hilang dari pendengaran..
"Semua telah berlalu dengan pantas, bang. apatah lagi saya masih muda. nafsu dengan pantas menguasai. kalau abang nak tahu hanyalah sekali, baru pertama kali buat terus tuhan tunjukkan akibatnya yang menbuatkan saya terus melalui kehidupan yang gelap. lantas saya dicampakkan ke sini untuk mencuci dosa yang telah saya lakukkan, " nora memulakan ceritanya tanpa disedari airmata yang ditahannya jatuh menbasahi pipi. nora terus memulakkan cerita kepada ustaz ahmad di sebuah pusat pemulihan akhlak..
"Myda, kenapa ni diam je mama tengok?". Soal Pn. Norli, mama kepada Myda. Myda masih mendiamkan diri. Giliran papa Myda bersuara, "Myda tidur dulu ye, tak lama lagi kita sampai rumah baru kita, mesti Myda suka". En. Zali lembut bertutur. Myda masih mendiamkan diri merajuk, keputusan papa dan mama nya yang hendak berpindah ke rumah baru di kawasan perkampungan pantai tidak di setujuinya. Dua minggu lalu papa dan mama nya tiba-tiba membuat keputusan untuk beralih angin untuk tinggal di kampung kerana mahu kan ketenangan di usia 55 tahun itu. "Kenapa perlu berpindah Ma, Pa? Myda dah suka tinggal disini, Myda ramai kawan kat sini, lagi pon sana kampong, Myda dah 19 tahun membesar kat bandar nie. Myda tak mahu pindah!". Myda merajuk, Papa nya memujuk. "Myda, jangan macam nie, Papa dah beli bungalow kat sana, lagi pun rumah tu lawa tau tepi pantai". Mama pula menyambung "Lagi pon papa dah dapat tanah untuk buat projek resort kat sana". Myda membantah, "Kalau mama dan papa nak pindah, ma dan pa je pindah, Myda tak nak!". Terus Myda lari masuk ke bilik mengurungkan diri dan mendiamkan diri sehingga ke hari ini. "Myda, bangun sayang, kita dah sampai rumah baru ni". Myda mengosokkan matanya, kepalanya seakan berat mungkin kerana tidur terlalu lama di dalam kereta dan masa yang di ambil dari bandar Metropolises menuju ke Pantai Pulau Berlian, mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Kedatangan mereka di sambut oleh Mak Moon dan Pak Din penjaga bungalow yang di upah papanya selepas membeli bungalow itu. "Semua dah bersih ke Mak moon, Pak din?". Soal En.Zali kepada dua orang tua itu. Mereka menjawab semua sudah siap dan dibersih seperti yang di arahkan. Myda memerhati kawasan bungalow itu, memang cantik kerana terdapat rumput import di laman isitirehat dan di hiasi dengan pelbagai bunga terutamanya bunga roses. Bungalow itu betul-betul mengadap pantai dan jarak bungalow dengan bungalow yang lain agak jauh, masing-masing mahukan privacy.
“seratus sembilan puluh sembilan…..dua ratus…yesss….!!!" Anissa menjerit kegirangan. Dia melompat-lompat diatas katil bersama duit tabungnya. “yes…dah dua ratus…maknanya aku boleh bawak dia…..!!" jeritnya lagi, tiba-tiba pintu biliknya di buka. Tersembut wajah ibunya. “Adik…kenapa melompat malam-malam ni??" soal Puan Shahida. Anissa tersenyum, macam kerang busuk. “tak de apa la..bu…saje…." “dah…tidur…esok kamu sekolah…" "ok..siap ibu..."
*****
"Ika.....Ika....!!" teriak Anissa. Syafikah berpaling. Hairan dengan tingkah laku sahabat karibnya. "kenapa kau ni??pagi-pagi dah jerit2..." Anissa masih lagi tercungap-cungap. "of course la...coz I have iMportant messege to tell yOu..." “hah,.ape dy??" “Hotel Cntinetal…." “hah..kenape pulak dengan hOtel tu?"
“Berambos! Aku benci kau! Keputusan aku muktamad! Kita takkan ada apa-apa lagi! Kau mengkhianati aku!” jerit Haikal pada Aisyah. Aisyah terkedu dan kaku membisu. Dia berulang kali mengucap kata maaf jauh di sudut hatinya, bukan dia sengaja. Dia cuma mahu sahabatnya itu lebih berhati-hati dalam menyintai, dia tak mahu sahabatnya itu bersedih lagi. Namun, dia tersilap. Maklumat itu merosakkan hubungan Haikal dan teman rapatnya, Aril. Mungkin itu padahnya buat Aisyah dan kini Haikal bersumpah membencinya.
Hari-hari di laluinya dengan payah. Setiap langkahannya terasa berat. Aisyah masih tidak dapat menerima hakikat cintanya itu telah pergi. Memang dia cinta,namun adakah Haikal merasai apa yang dirasainya? Adakah benar cinta yang terucap di bibir Haikal selama ini ikhlas atau hanya mainan kata-kata. Hanya Tuhan saja yang tahu bisiknya dalam hati. Aisyah sedih mengenangkan apa yang telah berlalu, sedih kerana Haikal menggunakan Tuhan sewenang-wenangnya sebagai alas an menjarakkan hubungan mereka perlahan-lahan agar Aisyah tidak menyedarinya. Namun Haikal silap, Aisyah menyedarinya, Aisyah tahu bukannya Haikal takut pada Allah, tapi dia lebih takut kepada bekas kekasihnya.
Maa masih lagi menunggu akan jejaka pilihan hatinya dengan penuh debaran. Hatinya seakan nak meletup ingin menanyakan akan status hubungannya dengan jejaka pilihannya, EMY. Lalu satu mesej penuh pengharapan ditulis,
"emy, maa akan tunggu emy kat astaka yang kite duduk ari tu. Maa akan tunggu emy sampai emy datang"
Astaka yang pernah emy meluahkan perasaannya terhadap maa pada suatu ketika dahulu. Amat manis jika dikenang kembali akan kenangan itu. Yang mana 2 hati bersatu kembali setelah berpisah 5 tahun dahulu akibat kehadiran orang ketiga. Walaupun pedih dengan peristiwa lama, maa masih lagi menerima emy sebagai kekasihnya untuk kali kedua kerana maa sedar akan kasih dan sayangnya kepada emy tidak pernah pudar. Memang emy yang maa nantikan selama ini. Setiap kali tidur, maa akan bermimpikan seorang lelaki yang memiliki badan seperti emy, tinggi macam emy dan perwatakan seperti emy. Walaupun muka lelaki dalam mimpinya tidak kelihatan tapi maa amat yakin bahawa lelaki dalam mimpinya itu ialah EMY. Sungguh kuat sayangnya maa terhadap emy.
AD… Dah lama giler tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri tak nak simpan dalam kotak memori. Hari 'bodoh' aku. Hmm… Sapa sangka, lepas 8 tahun, kami jumpa lagi. Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi apapun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi hidup pula.
Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung tak kenal AD. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar mengubah penampilan AD. Tak macam zaman sekolah dulu. Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang Adrianna Mayesa tu adalah AD. Nama pelik macam AD tu, sapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia 'musuh' aku dulu.
Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang tampak ayu berkebaya. Pukul 3 pagi berkebaya? Salute!
Wayar-wayar yang berselirat pada tubuh kaku itu ditanggalkan satu-persatu. "6.45 petang." Doktor muda yang mengetuai pembedahan itu mengisytiharkan waktu kematian pesakitnya. "Tolong bersihkan si mati sebelum saya memanggil ahli keluarganya." Sedari tadi, dia hanya memerhatikan sahaja prosedur pembedahan yang berlangsung. Matanya memandang sayu ke arah sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Di luar, kedengaran teriakan panjang diikuti pula oleh tangisan sanak-saudara si mati. "Apalah nasib kau nak? Sudah lebih setahun menanti penderma hati. Tapi sampai kau dah mati pun tak ada orang yang sanggup jadi penderma. Manusia sekarang memang pentingkan diri sendiri. Anak aku terkorban kerana sikap mereka ni." Jerit si ibu sambil menerpa masuk ke dalam bilik pembedahan lantas memeluk tubuh anaknya yang dilitupi kain putih itu. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan babak sedih ini. Dia lemas berada dalam situasi tersebut. Perlahan-lahan dia melangkah pergi meninggalkan tempat itu. "Argh... bosannya." Dia mundar-mandir di kawasan hospital itu tanpa arah tuju. Langkahnya terhenti di hadapan sebuah wad. Kelihatan seorang lelaki sugul di sisi katil seorang pesakit.
"Aliya tahu ma, Aliya tak sehebat along, tapi Aliya dah cuba sedaya mungkin untuk puaskan hati semua pihak. Aliya ada impian sendiri. Sekarang dah masanya Aliya tumpukan pada keinginan Aliya" dengan nada yang sedih dan kecewa Aliya mencurahkan isi hati kepada mamanya, Zaharah. Aliya adalah anak kedua kepada pasangan Amran dan Zaharah, seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan terbesar di ibu kota. Anak sulung mereka iaitu Aliza menurut jejak langkah Amran dalam bidang perniagaan. Impian Amran untuk membawa Aliya ke bidang yang sama tidak berjaya kerana Aliya meminati bidang yang berbeza iaitu lukisan.
"Saya tak akan mengaku dia anak saya Zah kalau dia teruskan dengan niat dia yang bodoh tu. Apa ada pada bidang yang dia pilih tu? Dari kecil sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan saya" dengan marah Amran melontarkan kata-kata kepada Zaharah tanda tidak setuju dengan keputusan Aliya.
Jam di atas meja kerjanya menunjukkan angka lima petang. Setengah jam lagi cukuplah lapan jam dia bekerja untuk hari ini. Seperti kebanyakan pekerja kolar putih sepertinya, di waktu-waktu sebegini memang sedang bersedia untuk balik. Selepas memadamkan komputer di atas meja, tiba-tiba telefon yang terletak di sudut mejanya berdering
Kring! Kring! Farid mengarahkan pandangannya ke situ. Dengan malas dia mencapai gagang telefon berwarna merah jambu itu.
"Hello! Farid di sini."
"Farid, saya ni. Awak masuk bilik saya sekejap."
"Baiklah Encik Harun." Selepas selesai perbualan, Farid lantas meletakkan semula gagang telefon ke tempatnya. Langkahnya dihayun perlahan menuju ke bilik Encik Harun yang terletak berhadapan dengan biliknya.
Dengarlah insan satu cerita, Tentang duka dan pahit perjalanan, Tentang hina dan rapuh pertimbangan, Tentang penyerahan pada Tuhan.
Naila Aqilah termenung panjang di beranda rumah kecil itu.. memerhati tiap titisan air hujan yang turun sedari tadi. Hurmm sampai bila aku mahu hidup begini? berulit kemiskinan setiap masa, aku perlu pergi ke bandar itu, aku perlu ubah nasib keluargaku, aku mahu hidup mewah macam orang lain, punya rumah besar, kereta mewah, pakaian yang mahal-mahal dan makan yang enak-enak, aku tak mahu terus hidup macam sekarang, makan pun sekadar yang ada, berumah kecil beratap daun nipah yang bila hujan turun airnya melimpah membasahi lantai, aku tak mau, aku tak nak, aku tak ingin selamanya begini.... itulah keluh kesah hatinya hampir setiap hari, jarang dia mensyukuri nikmat Yang Esa, ah manusia, mana pernah tahu erti puas dan cukup, kehendak yang tak terbendung, nafsu yang melangit.
*************
Kamar mewah itu dipandang sepi, kebosanan sendirian di malam-malam minggu begini, dia lelah, dia benci, Darius Zikri, menghempaskan tubuhnya pada sofa yang terdapat didalam kamarnya, sangat bosan tersangat bosan, punya keluarga tapi seolah tiada.. dia meletakkan tangan di atas dahinya, kadang-kadang dia tak faham, kenapa mama dan papanya benarkan dia lahir ke dunia ni sedangkan sedikit pun kehadirannya di pedulikan.. Apa yang mereka tahu hanya beri dia wang, tak cukup dengan wang mereka berikan apa saja yang dia mahukan sehingga dia rasa kehidupan dia seperti tiada apa-apa makna, nothing, zero....!
Seorang gadis berskirt hitam dan berblaus lengan pendek putih turun daripada kereta mercedes benznya lalu memasuki bangunan lama itu.Dibelakangnya terdapat beberapa orang konco-konco yang setia mengikut ke mana sahaja dia pergi.Didalam bangunan itu seorang lelaki tersenyum sinis tatkala melihat tunangnya tiba.
"Huh Danny,apa halnya yang kau nak jumpa aku sangat ni Daniel?"Soal Vee sambil berpeluk tubuh.
"Vee,dah berapa kali aku cakap jangan masuk campur urusan aku.Kau dengan hal kau sudah la,lagipun ni urusan aku dengan mereka."Daniel memegang bahu Vee.
"Hey,kau tahu tak diaorang yang cari masalah kat tempat aku.Aku tak akan marah kalau mereka tak buat hal kat tempat aku.Kau ni,masalah kecil pun nak besar-besarkan!"Suara Vee sudah meninggi.
"Okay,aku yang salah.Vee aku just tanya je,kau jangan la marah."Daniel memegang pipi Vee,cuba memujuk tunang kesayangannya itu.Vee hanya tersenyum,dan memeluk Daniel.Tiba-tiba sahaja Daniel rebah,dibelakangnya terdapat kesan tembakan.Sah,Daniel ditembak dengan pistol yang tidak mengeluarkan bunyi.Dalam masa itu juga,orang-orang Daniel berlawan dengan konco-konco Vee.Vee kehairanan,tetapi dia juga perlu berlawan dengan mereka.Tiba-tiba sebutir peluru telah terkena pada bahu kiri Vee,dalam kesamaran malam itu Vee melihat David iaitu anak buah papanya memegang sepucuk pistol.Alan menarik Vee kearah tempat tersembunyi membiarkan yang lain berlawan.
Aku merenung jauh pandanganku ke luar tingkap.Pandangan yang sungguh menyejukkan mataku.Tidak mudah untuk merasai pengalaman seindah ini.Di Malaysia,keadaannya sentiasa sibuk,walaupun di sini juga tidak kurang hebat sibuknya,tetapi aku dapat merasakan suatu kelainan yang menusuk sanubari tatkala dan sepanjang aku berada di sini.perjalanan dari Malaysia ke Madinah mengambil masa lebih kurang 10 jam.Tetapi kepenatan sepanjang berada di dalam pesawat hilang begitu sahaja tatkala tiba sahaja di bumi bertuah ini.Kuucapkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kesempatan ini yang membenarkan aku berada di sini sekarang.Aku menurunkan sedikit cermin tingkap van milik rakan bapaku ini.Kuingin merasai kenikmatan udara luar bumi Madinah ini.Semenjak ayahku bercerai dengan ibuku,ayahku kerap kali berangkat ke luar negara atas urusan perniagaannya yang menjadi pemilik kilang kurma di Malaysia.Inilah buat pertama kalinya aku mengikut ayahku ke bumi Madinah ini.Ini kerana,sebelum ini aku sibuk dengan peperiksaan SPM yang bakal mendatang.Ayahku ku tidak mengizinkan aku kemana-mana.Dan sekarang aku sudah menduduki SPM dan sedang menunggu keputusan.
"Kita ingat kita nak beli netbook, broadband celcom lagi nak beli portable dvd player lagi. Semuanya dalam RM2000 lebih. Mana nak cekau duit, kak." Diana menggaru-garu kepalanya yang sedikit gatal bercampur serabut.
"Itu yang kau peningkan. Ingat apalah bendanya tadi. Tulah kau tu pun, dapat gaji habis licin kau bedal. Sekarang barulah nak tergagau-gagau cari duit. Lain kali, dapat gaji cuba berjimat sikit. Akak tau kau tu muda lagi, tapi masa nilah kau kena simpan duit." Azah menarik nafas panjang. Penat bertutur macam keretapi ekspress, Diana terdiam. Dalam hatinya mengakui kebenaran yang diungkapkan oleh Azah sebentar tadi.
Indahnya pagi ni. Nyamannya. Setahun aku tak pulang Malaysia. My country is the best one! Seronoknya. Balik dari airport kelmarin, terus aku terjah tempat makan. Mahu makan lor. Rindu makanan Malaysia. Tak sempat pun nak call Mak. Bagitahu dah sampai. Bertuah punya budak! Bila mak tahu,apa lagi. Penuh telinga aku dengar leteran dia. Risau katanya. Alahai Mak ni. Setakat lambat sejam dua bagitahu. Tu pun nak kecoh. Hohoho.. tapi aku silap. Mak aku sebenarnya dah sediakan makanan kat rumah. Patutlah marah semacam. Hahahaha. Nasib baik nafsu makan aku kuat sekarang. Makanan Malaysia jer tahu. Habis jugak lauk yang mak masak.
"Farahin. Jauh termenung. Ingatkan kekasih hati kat sana ke?" Opocot Mak kau hot!! Adoi..siapa pulak yang ganggu pagi-pagi ni. Baru je nak berangan. Fairuz rupanya. Dia ni kan..Oppss. Lupa nak kenalkan. Fairuz ni tunang aku. Aku balik ni pun sebab nak menikah dengan mamat senget ni. Dah setahun setengah bertunang dengan dia. Mak pun dah bising, tak elok tunang lama-lama lah, nanti tunang kena kebas lah.. Itu lah..Ini lah.. Mak aku ni memang kecoh. Tak sabar nak halau aku agaknya.
Teman, aku selalu menunggumu disini. Menunggu seperti selalu. Tiap hari, tiap masa. Berharap kau pulang, dan membuat aku tersenyum. Namun, hari demi hari, bulan berganti bulan, dan dari setahun ke setahun kemudiannya, kau masih juga tak kunjung tiba. Dan aku seperti biasa masih lagi terpaku disini. Terpaku kaku menunggumu! "Manusia seringkali terlewat menghargai. Yang ada di depan mata tak nampak. Yang jauh beribu batu itu juga yang ditunggu. Bila dah hilang, baru nak menyesal." Lelaki itu seperti menyindirku. Agak sinis bunyinya. Aku pandang sekejap lelaki yang sedang berpeluk tubuh berdiri disebelahku ini. Dia senyum. Wajahnya kelihatan tenang seperti biasa. "Dia berjanji akan pulang Kim. Pulang untuk menunaikan janjinya terhadapku." Seperti selalu, aku mengulangi frasa itu. Menegaskan pendirianku untuk tetap menanti walau ku tak pasti entah hingga bila penantianku ini akan berakhir. "Janji manusia hanya indah dibibir. Dah 3 tahun kau tunggu. Kau hanya membuang masamu, Sha! Aku pasti dia sudah melupakan kau!" "Kau tidak mengerti perasaanku Kim."
" Kan aku dah kata, aku tak makan la. Suruh aku makan saja. Ingat aku ni perut tong sampah ke apa? Kalau sedap takpe la jugak. Ni tawaq habiaq cam tuh. Kucing pun tak lalu nak telan la." Melengking suara Tok Aki. Aku terdiam apabila mangkuk yang berisi soto ayam itu di tolak kasar. Memang soto itu sengaja di masak tawar, kurang garamnya, kurang perasanya. Itu semua untuk tidak memburukkan keadaan Tok Aki yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar.
" Habis tu, tak Tok Aki tak nak makan. Sikit pun jadilah." Pujuk aku. Seboleh – bolehnya aku menahan sabar. Jika tidak difikirkan permintaan ayah dan umi, dah lama aku membawa diri keluar dari rumah ‘klasik’ ni. Sememangnya Tok Aki, bapa pada ayah kategori orang yang senang. Rumah kampung itu terlalu besar untuk Tok Aki tinggal bersama Maksu Sirah, adik bongsu ayah yang bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran.
" Suka hati Tok Aki lah. Saya dah tak tahu nak pujuk macam mana." Aku dah surrender apabila berkali-kali tanganku ditepis kuat oleh Tok Aki apabila aku cuba untuk menyuapkan orang tua itu.
Kuih-muih dah tersusun di atas meja makan di ruang tamu. Semuanya sudah tersedia. Makanan juga sudah disediakan oleh mama, Puan Roslina di dapur. Cuma tinggal untuk dihidangkan kepada para tetamu pada malam ini. Tuan Fuad membuat \'open-house\' pada raya kali ini setelah dua tahun tidak membuatnya. Dia menjemput semua kawan-kawannya terutama sekali kawan baiknya, Datuk Hj Rahim.
"Kak, adik dah habis mandi. Cepat lah mandi kak. Dah pukul berapa ni!" Amisya menegur kakaknya yang sedang berehat di atas katil. "Kejap ar. Akak penat la kemas rumah. Adik bukannya nak tolong. Tengok tv je!" "Ala, baru buat kerja sikit dah merungut." Amisya membebel sambil menyalin baju kurung yang memang disediakan untuk \'open-house\' kali ini. Anisya memejam mata sebentar. Tiba-tiba dia terbangun dan duduk di birai katil. "Kenapa kak?" Amisya terkejut. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. "Wei, dah pukul berapa sekarang?" "Pukul 7:40." "Hah!" Anisya terus mencapai towel dan meluru masuk ke dalam bilik air. "Tu ar, tadi kan dah suruh mandi. Siapa suruh degil."
Cempaka Alia. Indah namamu seindah rasa hatiku yang mengharum untukmu. Dalam diam aku meletakkan dirimu menjadi gadisku. Namamu sudah cukup menepu di petak hatiku ini. Tiada ruang untuk orang lain lagi Cem. Namun aku hanya mampu memandang dari kejauhan. Dari mana-mana sudut di kampus ini. Mengait kasih sendiri tanpa benang cinta dari hatimu. Kau gadis cantik, secantik pekertimu. Mengundang gundah di hati setiap lelaki yang mengenalimu. Tetapi Qayyum sentiasa ada disampingmu Cem. Dia seolah-olah telah membina tembok yang tinggi bagai mencanang dirimu kepunyaannya. Tidak boleh diganggu. "Berterus-terang saja Az." Itu saranan dari teman baikku, Mursyid. Semudah bibir atas bertemu bibir bawah. Mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan impak yang bakal ku terima. Tetapi bagiku tidak semudah itu Cem. Aku tidak mempunyai keberanian itu. "Sampai bila kau nak tengok dia dari jauh?" "Aku lebih senang begini." "Nanti kau juga yang menggigit jari." Mursyid benar. Aku sedang menggigit jari ketika ini. Sakit sekali. Melihat kau tertawa riang disampingnya. Bagai ada bongkah cemburu yang menghempap kepalaku. Sarat dan berat. Lebih parah, hati ini terhiris luka Cem. Tetapi aku tidak pernah menyalahkan dirimu. Kau memang tidak bersalah. Khilafnya aku bertepuk hanya sebelah tangan. Kau tidak pernah sedar akan kewujudanku Cem. Memang kau tidak nampak dan tidak pernah melirik sedikit pun dari ekor matamu yang bundar itu. "Dia milik orang."
"Lia bangun Lia! Anak-anak kita perlukan ibu mereka" Ucap Hairil lemah. Sudah hampir tiga hari istrinya koma setelah melahirkan anak kembar mereka. ***************************************************************** Tersedu-sedu Julia menangis di birai katil, dia melihat sekeliling bilik yang serba biru yang besar dan terlalu asing untuknya. Dia mendongak melihat pintu yang dikuak dari luar, muncul wajah lelaki yang baru menjadi suaminya pada pagi tadi. Tangisannya menjadi-jadi, pada usia 17 tahun dan baru sahaja menjalani peperiksaan SPM dia telah menjadi istri kepada lelaki atau lebih dikenali orang dengan sekali pandang sebagai lelaki lembut. "Sudahlah, benda tu nak jadi kita tak boleh elak" Kata Hairil sambil melabuhkan punggungnya di atas katil. "Apa maksud Awak? Takdir? Jangan salahkan takdir!" Ucap Julia dengan tegas. "Awak ingat saya tak tahu Awak perangkap saya supaya masuk bilik hotel tu dan panggil pencegah maksiat. Awak sengaja buat macam tu supaya saya kawin dengan awak kan? Laki tak malu! Ops bukan laki I’m suppose to call you what? Hah?"Jerit Julia tanpa memberi ruang untuk Hairil bercakap. "Apa yang kau ckap ni? Bila masa aku perangkap kau?"Tutur Hairil tergagap-gagap. "Dengar sini, kau tak payah nak berlakon aku dah dengar apa yang kau cakap dengan mak kau tadi. Kau ingat aku ni apa tikus nak buat uji kaji nak buktikan kau tu lelaki. Aku baru 17 tau tak result SPM pun tak dapat lagi."Ucap Julia lirih. "Aku…aku…"
Aku terlanjur cinta kepadamu.. Dan telah kuberikan seluruh hatiku.. Tapi mengapa bari kini kau bertanyakan cintaku.. Aku pun tak mengerti yang terjadi.. Apa salah dan kurangku padamu.. Kini terlambat sudah untuk diperslahkan.. Karna sekali cinta..aku tetap cinta..
Lagu terlanjur cinta nyanyian rossa dan pansha ungu ini sudah banyak kali dimainkan window media player laptop aku ni.Tah la,aku cuba nak memahami lagu ni..banyak maksud yang tersurat dan tersirat.Maybe sebab ni lah aku suka layan lagu ni..dengar lame2 leh gak wat cair ati aku ni dengar pansha ungu ni nyanyi..hehe..
Terlanjur cinta??apakah ada istilah terlanjur dalam bercinta ni?aku pun tak berapa nak memahami maksud lagu ni..tp aku try memahaminye ngan maksud yang aku paham sendiri.Terlanjur cinta..maybe aku pernah mengalaminye dulu..biase la first time bercinta.adakah aku terlanjur mencinta kamu dan dia??aku hanyut dengan kenangan-kenangan lame yang menari-nari di kotak fikiranku.
“Syifa..Syifa…jom kita main pondok-pondok..”Ajil menjerit-jerit namaku dari luar rumahku.. ‘hisy dia nie..mengalahkan orang perempuan..ajak main pondok-pondok..apa barang!!’
“Alah Jil,malaslah.."balasku sebaik sahaja tiba di muka pintu.
"Ala Fa..jom la.."katanya lagi sambil mengerdip-ngerdipkan bulu matanya..heee..jeles betul aku tengok alis matanya yang lagi lentik daripada aku nie.
"Woi!!sekali aku sepak kang...dah aku kate tak nak..taknak la!!!muktamad!!"sorry makan kari la beb..aku memang ALERGIC bila ada budak nak manja-manja dengan aku..ewww!!tak sesuai...huhu..
"tak pe wak..tak nak kawan!!"balasnya sambil berlari-lari anak meninggalakn perkarangan rumahku (takkan merangkak lak kan..hehe)..timbul rasa bersalah dalam hati..Aaarrrggghhhh, gasak la!!!tido lagi bagus.
Tapi siapa sangka, sejak haritu dia tak penah lagi pergi rumah aku. Jangan nak kata pergi rumah aku, cakap dengan aku pun dia tak nak. Biler aku pergi dekat dia, dia lari..macam la aku ni alien..Aku tau la alien tu lagi cute dari aku.Sampai hati ko Jil..Sampai last day UPSR haritu, aku langsung tak nampak batang hidung dia,besar sangat ke salah aku ni..nyampah betol!!Daripada aku pikir pasal dia..baik aku fikir pasal mak ayah aku..
Bunyi telefon ku berdering lagi….menandakan ada seseorang menelefon aku..Aku melihat di skrin telefon…Johari..Aduh,mamat ni lagi..Dia ni memang tak kenal erti putus asa lah..hmm,angkat jer lah…kang sampai ke malam lah dia tak henti-henti telefon aku… .
"Hello..assalamualaikum..hmm,ada apa kau kol aku ni?"Aku menjawab dalam keadaan yang malas..Menyampah lak nak layan dia ni.
"Waalaikumsalam..aik,nak call pun tak boleh ker?Macam tak suka jer aku call ni..ko busy ker ni?Dari tadi aku call ko tapi sekarang baru dapat.ko busy buat assignment ek?". Ek eleh dia ni..Dah tau tanya aku lagi…Tapi cover-cover..kang kecik lak hati dia.
"eh,sapa cakap tak boleb..boleh sangat lah..Tapi aku busy skit sekarang ni..ye lah ko pun tau kan exam pun dah nak dekat.Dah lah tahun ni semester akhir aku kat UITM ni.So,mau tak mau aku kena lah struggle skit.Lain lah macam kau tu dah kerja..".
"abang, Dila rasa, baik kalau abang turut je cakap mak tu." Ujar Adila lambat-lambat. Razi tersentak. Direnung tajam wajah isterinya. Wajahnya berubah. Dia mendengus kasar. Dila menahan nafas. Takut bila suaminya marah begitu.
"Dila, Dila sayang abang ke tak?" Tanya Razi kasar dan keras. Adila diam. Dimain hujung bantal yang dipangkunya.
"sayang.." jawabnya pendek.
"habis tu, kenapa Dila sanggup sokong mak tu? Dila pun tau kan, abang takkan kahwin lagi Dila. Walau apa pun yang terjadi." Tekan Razi. Dia sudah berdiri. Meraup wajahnya.
Adila turut bangun. Ditolak bantal ke tepi. Dia menghampiri suaminya yang tercinta. Berat dia mahu berbicara namun dia tahu, cinta memerlukan pengorbanan.
NADZLIA bergegas menuju ke hospital setelah mendapat panggilan dari emak Khairul. Mujur ada Farah yang sudi menemaninya. Dalam hati, ada cemas yang menggila. Khairul telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tatkala mendengar berita itu, Nadzlia terasa separuh dari semangatnya telah dibawa pergi. Tidak putus-putus dia berdoa agar kekasih hatinya itu selamat dari segala bahaya dan malapetaka. Sampai sahaja di perkarangan hospital dengan menaiki kereta kancil yang dipandu oleh Farah, Nadzlia segera ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Puan Afifah dan Encik Harun sedang duduk menanti di kerusi yang disediakan di hadapan bilik ICU itu. "Makcik!" tegur Nadzlia. "Lia!" balas Puan Afifah lalu mendakap gadis yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu penuh erat. "Sabarlah makcik. Kita berdoa semoga segalanya selamat," ujar Nadzlia. Puan Afifah menangis dan terus menangis. Nadzlia melihat wajah ayah Khairul yang tenang namun gelodak rasa dalam jiwanya, tiada siapa dapat meneka. Farah muncul beberapa minit kemudian. Dia kelihatan mengah. Mungkin penat mengejar Nadzlia yang berlari meninggalkannya keseorangan di tempat letak kereta tadi. Nadzlia meleraikan pelukannya perlahan-lahan. Dia memperkenalkan Farah pada ayah dan emak Khairul. Farah tunduk bersalaman dengan kedua-duanya.
ABANG
KAMAL.. Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan
padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada
diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik
simpati di hati?. Membuat hatiku berlagu sendu? mengalun
irama indah di hati.
ENCIK FIRDAUZ.. Memandang wajahmu, mengapa debar
sering bertandang? Cintakah itu? sungguh aku tidak pasti,
kerana, cinta memang tidak wujud di hati ini. Dan kalau
cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini?
Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi..
CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa
begitu rapat pada mu. hatiku begitu hampir denganmu. Derai
tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajhmu, membuat
aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin
wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah
muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri
di hatimu..
AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam
mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya,
cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa
berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku
penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
Pastikan komen
dan ulasan anda pada setiap karya ditulis nama dan email atau bagi yang
mempunyai email gmail / blogger. sila identify untuk memudahkan kami
menghubungi anda untuk pemberian hadiah.
Muka Depan
Berita Hangat
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik untuk
dinilai oleh penerbit dan seterusnya diterbitkan di pasaran. Antara penulis awal yang terpilih :-
•
Hanni Ramsul
( biar YM yg berbicara )
( Pergilah Air
mata )
•
AkuBintangBiasa
•
Fynacomel
( Kawen Muda )
3-4 penulis lagi sedang di nilai karya
mereka oleh penerbit, Insyaallah pada tahun depan. Anda
dapat membaca karya-karya mereka di pasaran.
Pesanan Penting
Anda
Sudah menghantar karya? Tetapi karya anda tidak disiarkan disini? sila emailkan kepada kami dengan segera
maklumat karya anda seperti :-
•
Tajuk karya
•
Email anda
•
Nama pena anda
sila emailkan maklumat ke email
bantuan@penulisan2u.net untuk
disiarkan secepat mungkin dan untuk tindakan selanjutnya.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
Ahli Pelawat
Bantuan Carian
Web & Blog Terbaik
•
Koleksi
cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia,
SIngapore & Brunei. Layari di
http://penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei